Saturday, 20 April 2013

Kesenian Tamadun China

Muzik Klasik
Muzik Cina klasik adalah antara sistem muzik yang paling lama dan paling berkembang dalam dunia ini. Bukti dokumentasi menunjukkan bentuk muzik Cina yang wujud tidak terbilang jumlahnya dan aktiviti penciptaan muzik Cina yang awal melibatkan kegiatan di istana, perayaan rakyat dan peristiwa yang berkaitan dengan agama. Namun begitu, bahan muzik ini telah hilang dan yang masih dapat dilihat hanya bahan yang wujud sejak dari zaman dinasti Song, dan Jumlahnya sudah sama dengan jumlah kesemua bahan sistem muzik utama dalam sejarah Eropah.

Sistem melodi (tune) muzik Cina klasik adalah kompleks. Alat-alat muzik Cina dikategorikan mengikut bahan akustik yang digunakan dan cara sesuatu alat itu dimainkan. Pada dasarnya bahan-bahan ini termasuk logam, batu, tanah liat, kulit, sutera, kayu, labu dan buluh. Berdasarkan cara sesuatu jenis alat muzik ini dimainkan muzik Cina dapat diklasifikasikan kepada kategori meniup, genderang, memetik dan menggesek.

Mengenai asal-usul muzik Cina, rekod Cina menyatakan bahawa lebih kurang pada tahun 2697SM, Maharaja Huang Di (maharaja legenda yang dikatakan salah satu maharaja terawal yang wujud di dalam sejarah Cina) telah menghantar orang untuk mencari paip buluh. Palp buluh yang dicari ini dikatakan boleh mengeluarkan bunyi serupa dengan bunyi burung phoenix dengan tujuan mendapatkan muzik yang berharmoni dengan alam semesta. Perbincangan dan rujukan terhadap muzik juga terdapat dalam buku-buku klasik seperti Li ji (Rekod Ritual) yang bertarikh pada kurun ke-2SM dan Shi jing. Tokoh-tokoh seperti Konfusius juga mempunyai minat terhadap muzik dan menimbulkan teori muzik yang lebih khusus serta prinsip estetik tentang muzik.

Pemikiran bahawa muzik harus berharmoni dengan alam semesta bukan sahaja wujud dalam legenda. Dalam bab "Yue ji" (Rekod Muzik) yang terkandung dalam buku Liji telah direkodkan komen bahawa muzik adalah hasil harmoni langit dengan bumi. Tanggapan bersifat kosmologi ini memang bukan kepercayaan karut tetapi merupakan pemahaman mendalam mengenai fungsi budaya muzik dalam dunia manusia. Konfusius memberi pendapat yang sama, mengatakan bahawa muzik teragung adalah muzik yang berharmoni dengan alam sekitar, dan melalui harmoni ini dapat memulihkan keadaan dunia fizikal. Konfusius meletakkan muzik berkedudukan (status) penting, mengiktiraf peranannya dalam memberikan perkhidmatan dan membuat sumbangan terhadap pembentukan dunia yang bersifat teratur dan bermoral. Pada pendapat beliau, muzik dan pihak pemerintah adalah saling membayangkan atau lengkap melengkapi. Hanya manusia yang bersifat unggul (superior) dan yang berupaya memahami muzik mempunyai kelengkapan memerintah. Muzik, melalui pemaparan enam jenis emosi, iaitu kesedihan, kepuasan, kegembiraan, kemarahan, ketaatan dan kecintaan dapat mempamerkan sifat benar seseorang. Sifat yang suka berpura-pura dan menipu tidak mungkin dapat berterusan. Beliau juga menghuraikan tentang pemilihan muzik yang bersesuaian demi menyempurnakan seseorang berbudi pekerti dari segi moral.

Kedatangan muzik India melalui penerimaan agama Buddha telah memberikan kenikmatan muzik yang berlainan. Muzik bercorak Asia Tengah dan Asia Barat, misalnya muzik dari Iran juga banyak mempengaruhi muzik Cina melalui aktiviti perdagangan dan penyebaran agama Islam ke China pada abad ke-8. Selain itu, muzik Cina juga menggabungkan pelbagai corak muzik kaum minoriti dari seluruh negara China.

Pengaruh muzik Cina pula dapat dilihat terhadap tamadun-tamadun lain terutama sekali muzik Korea dan Vietnam natijah daripada interaksi antara tamadun. Muzik Cina tersebar ke Korea sejak zaman pemerintahan dinasti Song (960-1279) dan masih digunakan serta dikekalkan sebagai muzik sembahyang sehingga masa kini. Manakala di Vietnam, corak muzik Cina klasik banyak dipelajan dan sebahagian dan peralatan muzik berasal dari negara China. Cerita yang terkandung dalam muzik Vietnam banyak diambil daripada sejarah dan legenda Cina.


Kaligrafi
kaligrafi diberi penghormatan yang paling tinggi di negara China. Kaligrafi dianggap mempunyai keunikan dalam membayangkan kemurnian dan kualiti seseorang ahli kaligrafi dari segi pemupukan personaliti. Sebagaimana usaha menghasilkan kaligrafi, untuk memkmati seni im Juga memerlukan kualiti seseorang yang tinggi dan murni serta sensitiviti estetik yang luar biasa. Berbanding dengan sent lukisan, contoh kaligrafi lebih tersebar meluas. Dalam sistem pendidikan lama, salinan spesimen kaligrafi dari pakar kaligrafi yang terkenal dibuat dalam bentuk buku untuk ditiru oleh para pelajar. Inskripsi dijumpal di mana-mana sama ada dalam bentuk batu bersurat yang terletak di pintu tembok, kuil-kuil, papan tanda, gerbang kehormat, tiang bangunan dan di rumah-rumah. Skrol yang tergantung berpasangan dan mengandungi tulisan sepadan hampir dapat dilihat di seluruh tempat. Terdapat pakar kaligrafi yang cemerlang dan unggul di antaranya ialah Wang Xizhi (321-379).

Kaligrafi menggunakan bahan-bahan antaranya dakwat, berus, kertas, dan kadang-kadang sutera. Dakwat dibekukan dalam bentuk batang pendek dan akan digosok pada batu dakwat bersama sedikit air sehingga mendapat kekonsistenan yang betui sebelum menulis. Berus diperbuat daripada bulu kambing, rusa atau serigala dan adalah tajam di hujung. Kertas yang diguna ialah sejenis kertas xuan yang mudah menyerap dakwat.

Kaligrafi Cina telah menghasilkan banyak stall tulisan yang telah dikembangkan. Terdapat enam jenis stail tulisan yang masih digunakan masa sekarang walaupun ada di antaranya yang hanya digunakan untuk tujuan spesifik. Empat stall tulisan lebih biasa digunakan masa kini, termasuklah pertama, stall biasa atau kaishu iaitu setiap pergerakan berus dan garis (stroke) ditulis dengan jelas; kedua, lishu iaitu sejenis stall yang dikembangkan pada asalnya untuk kegunaan kerani, tulisannya lebih berbentuk segi empat, dengan pergerakan berus dan garis berdatar lebih panjang sedikit daripada pergerakan berus dan garis tegak; ketiga, xingshu atau stall berlari iaitu bentuknya seakan-akan kaishu tetapi tangan seperti berjalan cepat atau bergerak dengan laju apabila menulis, dengan ini menghasilkan tulisan yang bersifat kurang teratur; dan keempat, caoshu atau stall rumput yang telah mendapat namanya berdasarkan rupa bentuk iaitu rumput ditiup angin yang nampaknya berselerak tetapi pada hal adalah teratur. Jenis kaishu ialah stall yang biasa digunakan dalam buku cetakan. Caoshu pula hanya dapat difahami oleh pakar kaligrafi yang telah mahir dalam seni ini dan bukan satu stall yang sesuai untuk kegunaan biasa.

Dari segi teknikal, kaligrafi Cina amat bergantung kepada kemahiran dan imaginasi seseorang pakar kaligrafi untuk menghasilkan bentuk garis yang menarik lalu menggubah struktur yang cantik berdasarkan garis-garis ini. Usaha ini hams dijalankan tanpa sebarang percubaan dengan sengaja untuk memperelok atau menggelapkan stroke-stroke tertentu. Pada masa yang sama seseorang pakar kaligrafi juga perlu menjaga ruang di antara stroke berseimbangan dan ini merupakan satu teknik yang hanya dapat dicapai hanya selepas berlatih dalam tempoh masa yang lama.

Inspirasi asas bagi kaligrafi Cina sama dengan semua jenis seni Cina, iaitu alam semula jadi. Sebagai mana ranting pokok yang hidup adalah bernyawa, setiap garis dalam sebuah kaligrafi yang halus juga mempunyai tenaga benda hidup. Ini adalah sangat berbeza daripada garis hurufyang terdapat dalam bahan cetakan, dengan variasi bentuk dan struktur tidak dibenarkan.

Pakar kaligrafi Cina terutama pakar caoshu, tidak mentoleransikan sifat ketetapan. Sebuah kaligrafi yang baik bukanlah satu susunan bersimetri bagi bentuk konvensional, bahkan ia boleh disamakan dengan gerak-geri dalam sebuah tarian yang dikoordinasikan dengan penuh kemahiran, dengan impuls, momentum, poise sejenak, dan interaksi yang penuh kekuatan bergabung untuk menghasilkan satu kesempurnaan seimbang. Kecantikan sesebuah kaligrafi tidak dinilai secara perkataan demi perkataan tapi dibuat terhadap keharmonian yang ditunjukkan oleh keseluruhan hasil.

Seni Pembinaan
Dalam aspek seni bina, tinggalan binaan dan tembok dari zaman dahulu yang masih wujud sehingga kini sangat berkurangan. Ini disebabkan sebahagian besar bahan-bahan yang digunakan iaitu kayu tidak dapat bertahan lama kerana pengaruh ikhm dan cuaca. Ciri utama binaan Cina dapat dilihat dari pelbagai segi antaranya yang paling jelas lalah kemginan membuat binaan yang berharmoni dengan alam semesta. Sejak dari awal lagi, orang Cina mempercayai sekiranya manusia ingin maju ia tidak harus menimbulkan kemarahan atau cuba menguasai alam semesta tetapi sebaliknya, harus berusaha untuk mencapai keharmonian dengannya. Pemikiran ini dapat dinyatakan dengan jelas dalam kepercayaan fengshui (geomancy), iaitu lokasi dan susunan dalam sesebuah rumah atau kubur selalunya ditetapkan dengan panduan teon fengshui. Lokasi dan susunan yang mempunyai fengshui yang buruk, iaitu yang tidak berharmoni dengan alam semesta akan menjejaskan masa depan sesebuah keluarga.

Dalam seni bina Cina, tembok merupakan antara binaan yang sangat penting kerana semua kota mempunyai satu tembok yang bertujuan untuk pertahanan dan keselamatan. Di peringkat kampung dan desa, kadang-kadang benteng tanah dibina mengelilingi kawasan tersebut dengan tujuan yang sama. Tembok kota kebiasaannya mengagumkan dengan ketinggian kebanyakannya dua puluh lima hingga tiga puluh kaki dan luasnya dua puluh kaki atau lebih. Lilitan tembok sepanjang lima atau enam batu merupakan suatu yang biasa dan di sesetengah bandar misalnya di Beijing, tembok lebih tinggi dan meliputi kawasan lebih luas. Tembok kota mempunyai pintu yang dibuka pada waktu tertentu iaitu waktu fajar dan ditutup pada waktu malam. Di atas pintu terdapat menara yang tinggmya beberapa tingkat. Tembok kota biasanya dikelilingi oleh pant penuh dengan air yang dalam dan lebar. Tembok yang terkenal di negara China dan juga di dunia ialah Tembok Besar China {The Great Wall of China). Tembok juga dibina bukan sahaja untuk mengelilingi kota tetapi juga untuk memagari kuil-kuil, istana dan rumah-rumah kediaman.

Binaan Cina tradisional yang diperbuat dari kayu biasanya kayu berkualiti baik dan mempunyai rangka yang berbentuk "tiang dan ambang" (post-and-lintel frame), atau tiang tegak dengan balak melintang di atas. Tiang kayu yang digunakan untuk menyokong bumbung kadang-kadang dicat dan kayu lintang yang mengikut keseluruhan binaan biasanya dihiaskan dengan ukiran atau lukisan corak berwarna.

Bumbung binaan Cina adalah menonjol, bercerun curam dengan cucur bumbung yang melengkung ke atas di sudutnya. Bumbung biasanya dipasang tembikar walaupun keluarga miskin menggunakan bumbung atas. Bumbung kuil dan istana biasanya mempunyai tembikar berwarna kilat misalnya, bumbung Tian Tan (Kuil Syurga) di Beijing yang berwarna kilat biru.

Pavilion dalam bentuk oktagonal untuk tujuan hiasan Juga merupakan satu cin seni bina Cina. Ciri lain termasuklah pagoda, yang dipengaruhl oleh agama Buddha. Pagoda hilang hubungannya dengan agama Buddha kemudian, dan kebanyakan pagoda yang dibina terkemudian adalah untuk tu]\iznfengshui. Pailou Sitnupaifang iaitu gerbang pada asalnya dibina untuk tujuan memperingati seseorang berdasarkan merit, misalnya seorang balu muda yang hidup mulia hingga ke usia tua; atau sebuah keluarga yang hidup bersama untuk beberapa generasi. Jambatan kebanyakannya dibina dari batu dan ada yang mempunyai lebih dari satu gerbang, adalah ciri lain binaan Cina.
Bagi orang Cina seni taman berkait rapat dengan seni bina. Taman- taman Cina bahkan taman-taman diraja atau persendirian, melanjutkan lagi pnnsip binaan dengan reka bentuk telah diubahsuaikan untuk bersesuaian dengan alam sekitar dan bukan untuk berdominan. Istana Musim Panas (The Summer Place) di kawasan desa Beijing mempamerkan kejayaan cemerlang orang Cina dalam merancangkan susunan binaan yang bersesuaian dengan landskap. Dilihat dari segi pembinaan, Beijing yang dibina bertepatan dengan statusnya sebagai ibu kota sebuah empayar boleh dikatakan bandar yang paling mengagumkan.

No comments:

Post a Comment