Saturday 20 April 2013

Falsafah dan Agama Cina


Konfusianisme 
Merupakan doktrin kenegaraan (state) yang merangkumi aspek- aspek falsafah, keagamaan dan sosiopolitik yang termaktub dalam pengajaran Konfusius (551SM-479SM). Asas Konfusianisme dikatakan berasal daripada tulisan-tulisan klasik yang diterbitkan atas nama Konfusius. Seperti yang terkandung dalam kitab Analects, pengajaran utama Konfusius menekankan pengamalan nilai dan sifat moral yang mulia, terutama mengenai perikemanusiaan (ren), kesusilaan (/;) dan ketaatan kepada ibu bapa (xiao). Kesemua nilai yang mulia ini diteladani orang yang bermoral dan bersikap mulia (junzi). Mencius (372SM-289SM), salah seorang pujangga agung Konfusianisme telah menegaskan sifat semula jadi manusia yang baik ketika dilahirkan. Oleh yang demikian, manusia dikatakan berpotensi untuk mencapai empat jenis sifat yang baik, iaitu perikemanusiaan (ren), kewajaran (yi), kesusilaan (li) dan keanfan (zhi).

Buddhisme
Diasaskan oleh Siddhartha Gautama Buddha (kk 563SM- 483SM) di India pada kurun ke-6SM dan kemudiannya disebar ke negara China pada kurun Masihi yang pertama. Bagaimanapun, selepas disebarkan Buddhisme ke negara China, agama ini telah mengalami pelbagai pengubahsuaian dan sehingga menjadi suatu sistem keagamaan yang menyerapkan ciri-ciri kecinaan sehingga ia dikenali sebagai Buddhisme Cina. Namun begitu, asas pengajarannya tetap berkekalan iaitu penderitaan adalah berpunca daripada hawa nafsu yang merupakan akar kepada pelbagai masalah manusia. Hawa nafsu bagaimanapun, dapat dihindarkan dengan mengikuti Jalan Lapan Lapis Mulia atau Jalan Pertengahan (middle way) yang mengelakkan din daripada melakukan perbuatan melampau yang terlalu mengikut perasaan menurut ajaran Gautama Sidhartha Buddha. Jalan Lapan Lapis Mulia yang mengandungi lapan aspek penting dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu pertama, panna (kebijaksanaan) yang meliputi pemahaman yang betui {Right Understanding) dan pemikiran yang betui (Right Thought); kedua, samadhi (penumpuan) yang meliputi pengucapan yang betui (Right Speech), tindakan yang betui (RightAction) dan cara hidup yang betui (Right Livelihood); dan ketiga, sila (moral) yang meliputi usaha yang betui (Right Efford), pertimbangan yang betui (Right Mindfulness), dan tumpuan yang betui (Right Concentration).

Daoisme 
Diasaskan oleh dua orang pemikir agung Cina iaitu Lao Zi yang dilahirkan pada tahun 604SM dan Zhuang Zi (kk 369SM-2865SM) yang berpendapat bahawa pemeliharaan semula jadi serta konsep wuwei (non-action) atau melakukan perbuatan secara spontan dan tanpa sebarang usaha. Daoisme terbahagi kepada dua cabang yang utama iaitu pertama, pemikiran falsafah Dao (daojia) dan aliran keagamaan Dao (daojiao). Kitab Daoisme iaitu Daodejing merupakan sebuah karya klasik mistik bagi aliran keagamaan Dao kerana kebanyakan ayatnya yang nngkas, penuh dengan konotasi yang terbuka kepada pelbagai tafsiran selain menerangkan mengenai aspek metafizik Dao. Dao iaitu jalan (the way} yang mempunyai pengertian bahawa punca segala penjelasan yang tidak dilahirkan (unproduced) dan tidak dapat diperikan (inexpressible). Tahap pencapaian pengamalan Dao yang tertinggi ialah kembali semula dan bersatu dengannya.

Moisme
Diasaskan oleh Mo Zi (kk 479SM-381SM). Antara konsep penting dalam pemikiran aliran ini termasuk aspek kasih sayang sejagat (jian'ai), mengecam sikap suka berperang (feigong) dan menyerah kepada nasib (feiming) dan mengutamakan golongan cerdik pandai (shangxian). Disebabkan penegasan aliran ini kepada sikap mengejar kepentingan (gongli), pengikutnya menentang konsep mandat tuhan yang dikemukakan oleh aliran Konfusianisme. Aliran Moisme menitikberatkan konsep nama dan penganalisisan mengenainya dan ini bermakna, aliran ini telah mempelopori analisis logik di negara China.


Legalisme
Diasaskan oleh seorang ahli falsafah Cina, Han Fei Zi dan dilaksanakan semasa China di bawah pemerintahan dinasti Chin. Legalisme mengutamakan pemikiran sosiopolitik dan kekuasaan pihak pemerintah terhadap rakyatnya. Legalisme menyarankan pemerintahan berteraskan undang-undang adalah lebih baik daripada pemerintahan teladan seperti yang disarankan oleh Konfusius. Aliran ini telah mengasaskan pembentukan kerajaan pusat autokrasi mutlak di negara China.

No comments:

Post a Comment