Saturday, 20 April 2013

Sistem Sosial Masyarakat Tamadun China


Sistem sosial masyarakat Cina berkaitan dengan susunan hierarki, penyatuan, keharmonian sosial, kebaikan moral, tanggungjawab secara kolektif dan kumpulan. Asas utama hubungan social ini ialah konsep jen-ch’ing – tanggungjawab seseorang kepada keluarga dan masyarakat. Perkara paling jelas dalam sistem sosial masyarakat Cina ialah pentingnya konsep kekeluargaan yang dikenali sebagai Lima Hubungan iaitu:
  1. Hubungan antara suami dengan isteri
  2. Hubungan bapa dengan anak
  3. Hubungan adik beradik
  4. Hubungan pemerintah dan rakyat
  5. Hubungan antara kawan-kawan 

Konsep-konsep Yang Berkaitan Dengan Nilai Sosial dan Etika Masyarakat Cina 

a. Konsep Ren/Jen- Dalam Analects of Confucious ( Lun-Yu), menjelaskan bahawa Filial Piety (Hsiao) dan Fraternal Submission (ti) adalah asas kepada kasih sayang dan peri kemanusiaan. - Confucious menjelaskan Jen – love man- Mencius menjelaskan Jen – kebaikan dalaman manusia.- Neo-Confucianisme menganggap Jen – mendisplinkan diri seseorang.- Glongan ortodoks menganggap Jen – kunci sebuah kerajaan yang baik. Moral yang tinggi perlu ada pada setiap pemerintah. 
b. Konsep Junzi- Junzi membawa maksud personality yang ideal – berbudi bahasa, bermurah hati, berpengetahuan, berkebolehan. 



Kesenian Tamadun China

Muzik Klasik
Muzik Cina klasik adalah antara sistem muzik yang paling lama dan paling berkembang dalam dunia ini. Bukti dokumentasi menunjukkan bentuk muzik Cina yang wujud tidak terbilang jumlahnya dan aktiviti penciptaan muzik Cina yang awal melibatkan kegiatan di istana, perayaan rakyat dan peristiwa yang berkaitan dengan agama. Namun begitu, bahan muzik ini telah hilang dan yang masih dapat dilihat hanya bahan yang wujud sejak dari zaman dinasti Song, dan Jumlahnya sudah sama dengan jumlah kesemua bahan sistem muzik utama dalam sejarah Eropah.

Sistem melodi (tune) muzik Cina klasik adalah kompleks. Alat-alat muzik Cina dikategorikan mengikut bahan akustik yang digunakan dan cara sesuatu alat itu dimainkan. Pada dasarnya bahan-bahan ini termasuk logam, batu, tanah liat, kulit, sutera, kayu, labu dan buluh. Berdasarkan cara sesuatu jenis alat muzik ini dimainkan muzik Cina dapat diklasifikasikan kepada kategori meniup, genderang, memetik dan menggesek.

Mengenai asal-usul muzik Cina, rekod Cina menyatakan bahawa lebih kurang pada tahun 2697SM, Maharaja Huang Di (maharaja legenda yang dikatakan salah satu maharaja terawal yang wujud di dalam sejarah Cina) telah menghantar orang untuk mencari paip buluh. Palp buluh yang dicari ini dikatakan boleh mengeluarkan bunyi serupa dengan bunyi burung phoenix dengan tujuan mendapatkan muzik yang berharmoni dengan alam semesta. Perbincangan dan rujukan terhadap muzik juga terdapat dalam buku-buku klasik seperti Li ji (Rekod Ritual) yang bertarikh pada kurun ke-2SM dan Shi jing. Tokoh-tokoh seperti Konfusius juga mempunyai minat terhadap muzik dan menimbulkan teori muzik yang lebih khusus serta prinsip estetik tentang muzik.

Pemikiran bahawa muzik harus berharmoni dengan alam semesta bukan sahaja wujud dalam legenda. Dalam bab "Yue ji" (Rekod Muzik) yang terkandung dalam buku Liji telah direkodkan komen bahawa muzik adalah hasil harmoni langit dengan bumi. Tanggapan bersifat kosmologi ini memang bukan kepercayaan karut tetapi merupakan pemahaman mendalam mengenai fungsi budaya muzik dalam dunia manusia. Konfusius memberi pendapat yang sama, mengatakan bahawa muzik teragung adalah muzik yang berharmoni dengan alam sekitar, dan melalui harmoni ini dapat memulihkan keadaan dunia fizikal. Konfusius meletakkan muzik berkedudukan (status) penting, mengiktiraf peranannya dalam memberikan perkhidmatan dan membuat sumbangan terhadap pembentukan dunia yang bersifat teratur dan bermoral. Pada pendapat beliau, muzik dan pihak pemerintah adalah saling membayangkan atau lengkap melengkapi. Hanya manusia yang bersifat unggul (superior) dan yang berupaya memahami muzik mempunyai kelengkapan memerintah. Muzik, melalui pemaparan enam jenis emosi, iaitu kesedihan, kepuasan, kegembiraan, kemarahan, ketaatan dan kecintaan dapat mempamerkan sifat benar seseorang. Sifat yang suka berpura-pura dan menipu tidak mungkin dapat berterusan. Beliau juga menghuraikan tentang pemilihan muzik yang bersesuaian demi menyempurnakan seseorang berbudi pekerti dari segi moral.

Kedatangan muzik India melalui penerimaan agama Buddha telah memberikan kenikmatan muzik yang berlainan. Muzik bercorak Asia Tengah dan Asia Barat, misalnya muzik dari Iran juga banyak mempengaruhi muzik Cina melalui aktiviti perdagangan dan penyebaran agama Islam ke China pada abad ke-8. Selain itu, muzik Cina juga menggabungkan pelbagai corak muzik kaum minoriti dari seluruh negara China.

Pengaruh muzik Cina pula dapat dilihat terhadap tamadun-tamadun lain terutama sekali muzik Korea dan Vietnam natijah daripada interaksi antara tamadun. Muzik Cina tersebar ke Korea sejak zaman pemerintahan dinasti Song (960-1279) dan masih digunakan serta dikekalkan sebagai muzik sembahyang sehingga masa kini. Manakala di Vietnam, corak muzik Cina klasik banyak dipelajan dan sebahagian dan peralatan muzik berasal dari negara China. Cerita yang terkandung dalam muzik Vietnam banyak diambil daripada sejarah dan legenda Cina.


Kaligrafi
kaligrafi diberi penghormatan yang paling tinggi di negara China. Kaligrafi dianggap mempunyai keunikan dalam membayangkan kemurnian dan kualiti seseorang ahli kaligrafi dari segi pemupukan personaliti. Sebagaimana usaha menghasilkan kaligrafi, untuk memkmati seni im Juga memerlukan kualiti seseorang yang tinggi dan murni serta sensitiviti estetik yang luar biasa. Berbanding dengan sent lukisan, contoh kaligrafi lebih tersebar meluas. Dalam sistem pendidikan lama, salinan spesimen kaligrafi dari pakar kaligrafi yang terkenal dibuat dalam bentuk buku untuk ditiru oleh para pelajar. Inskripsi dijumpal di mana-mana sama ada dalam bentuk batu bersurat yang terletak di pintu tembok, kuil-kuil, papan tanda, gerbang kehormat, tiang bangunan dan di rumah-rumah. Skrol yang tergantung berpasangan dan mengandungi tulisan sepadan hampir dapat dilihat di seluruh tempat. Terdapat pakar kaligrafi yang cemerlang dan unggul di antaranya ialah Wang Xizhi (321-379).

Kaligrafi menggunakan bahan-bahan antaranya dakwat, berus, kertas, dan kadang-kadang sutera. Dakwat dibekukan dalam bentuk batang pendek dan akan digosok pada batu dakwat bersama sedikit air sehingga mendapat kekonsistenan yang betui sebelum menulis. Berus diperbuat daripada bulu kambing, rusa atau serigala dan adalah tajam di hujung. Kertas yang diguna ialah sejenis kertas xuan yang mudah menyerap dakwat.

Kaligrafi Cina telah menghasilkan banyak stall tulisan yang telah dikembangkan. Terdapat enam jenis stail tulisan yang masih digunakan masa sekarang walaupun ada di antaranya yang hanya digunakan untuk tujuan spesifik. Empat stall tulisan lebih biasa digunakan masa kini, termasuklah pertama, stall biasa atau kaishu iaitu setiap pergerakan berus dan garis (stroke) ditulis dengan jelas; kedua, lishu iaitu sejenis stall yang dikembangkan pada asalnya untuk kegunaan kerani, tulisannya lebih berbentuk segi empat, dengan pergerakan berus dan garis berdatar lebih panjang sedikit daripada pergerakan berus dan garis tegak; ketiga, xingshu atau stall berlari iaitu bentuknya seakan-akan kaishu tetapi tangan seperti berjalan cepat atau bergerak dengan laju apabila menulis, dengan ini menghasilkan tulisan yang bersifat kurang teratur; dan keempat, caoshu atau stall rumput yang telah mendapat namanya berdasarkan rupa bentuk iaitu rumput ditiup angin yang nampaknya berselerak tetapi pada hal adalah teratur. Jenis kaishu ialah stall yang biasa digunakan dalam buku cetakan. Caoshu pula hanya dapat difahami oleh pakar kaligrafi yang telah mahir dalam seni ini dan bukan satu stall yang sesuai untuk kegunaan biasa.

Dari segi teknikal, kaligrafi Cina amat bergantung kepada kemahiran dan imaginasi seseorang pakar kaligrafi untuk menghasilkan bentuk garis yang menarik lalu menggubah struktur yang cantik berdasarkan garis-garis ini. Usaha ini hams dijalankan tanpa sebarang percubaan dengan sengaja untuk memperelok atau menggelapkan stroke-stroke tertentu. Pada masa yang sama seseorang pakar kaligrafi juga perlu menjaga ruang di antara stroke berseimbangan dan ini merupakan satu teknik yang hanya dapat dicapai hanya selepas berlatih dalam tempoh masa yang lama.

Inspirasi asas bagi kaligrafi Cina sama dengan semua jenis seni Cina, iaitu alam semula jadi. Sebagai mana ranting pokok yang hidup adalah bernyawa, setiap garis dalam sebuah kaligrafi yang halus juga mempunyai tenaga benda hidup. Ini adalah sangat berbeza daripada garis hurufyang terdapat dalam bahan cetakan, dengan variasi bentuk dan struktur tidak dibenarkan.

Pakar kaligrafi Cina terutama pakar caoshu, tidak mentoleransikan sifat ketetapan. Sebuah kaligrafi yang baik bukanlah satu susunan bersimetri bagi bentuk konvensional, bahkan ia boleh disamakan dengan gerak-geri dalam sebuah tarian yang dikoordinasikan dengan penuh kemahiran, dengan impuls, momentum, poise sejenak, dan interaksi yang penuh kekuatan bergabung untuk menghasilkan satu kesempurnaan seimbang. Kecantikan sesebuah kaligrafi tidak dinilai secara perkataan demi perkataan tapi dibuat terhadap keharmonian yang ditunjukkan oleh keseluruhan hasil.

Seni Pembinaan
Dalam aspek seni bina, tinggalan binaan dan tembok dari zaman dahulu yang masih wujud sehingga kini sangat berkurangan. Ini disebabkan sebahagian besar bahan-bahan yang digunakan iaitu kayu tidak dapat bertahan lama kerana pengaruh ikhm dan cuaca. Ciri utama binaan Cina dapat dilihat dari pelbagai segi antaranya yang paling jelas lalah kemginan membuat binaan yang berharmoni dengan alam semesta. Sejak dari awal lagi, orang Cina mempercayai sekiranya manusia ingin maju ia tidak harus menimbulkan kemarahan atau cuba menguasai alam semesta tetapi sebaliknya, harus berusaha untuk mencapai keharmonian dengannya. Pemikiran ini dapat dinyatakan dengan jelas dalam kepercayaan fengshui (geomancy), iaitu lokasi dan susunan dalam sesebuah rumah atau kubur selalunya ditetapkan dengan panduan teon fengshui. Lokasi dan susunan yang mempunyai fengshui yang buruk, iaitu yang tidak berharmoni dengan alam semesta akan menjejaskan masa depan sesebuah keluarga.

Dalam seni bina Cina, tembok merupakan antara binaan yang sangat penting kerana semua kota mempunyai satu tembok yang bertujuan untuk pertahanan dan keselamatan. Di peringkat kampung dan desa, kadang-kadang benteng tanah dibina mengelilingi kawasan tersebut dengan tujuan yang sama. Tembok kota kebiasaannya mengagumkan dengan ketinggian kebanyakannya dua puluh lima hingga tiga puluh kaki dan luasnya dua puluh kaki atau lebih. Lilitan tembok sepanjang lima atau enam batu merupakan suatu yang biasa dan di sesetengah bandar misalnya di Beijing, tembok lebih tinggi dan meliputi kawasan lebih luas. Tembok kota mempunyai pintu yang dibuka pada waktu tertentu iaitu waktu fajar dan ditutup pada waktu malam. Di atas pintu terdapat menara yang tinggmya beberapa tingkat. Tembok kota biasanya dikelilingi oleh pant penuh dengan air yang dalam dan lebar. Tembok yang terkenal di negara China dan juga di dunia ialah Tembok Besar China {The Great Wall of China). Tembok juga dibina bukan sahaja untuk mengelilingi kota tetapi juga untuk memagari kuil-kuil, istana dan rumah-rumah kediaman.

Binaan Cina tradisional yang diperbuat dari kayu biasanya kayu berkualiti baik dan mempunyai rangka yang berbentuk "tiang dan ambang" (post-and-lintel frame), atau tiang tegak dengan balak melintang di atas. Tiang kayu yang digunakan untuk menyokong bumbung kadang-kadang dicat dan kayu lintang yang mengikut keseluruhan binaan biasanya dihiaskan dengan ukiran atau lukisan corak berwarna.

Bumbung binaan Cina adalah menonjol, bercerun curam dengan cucur bumbung yang melengkung ke atas di sudutnya. Bumbung biasanya dipasang tembikar walaupun keluarga miskin menggunakan bumbung atas. Bumbung kuil dan istana biasanya mempunyai tembikar berwarna kilat misalnya, bumbung Tian Tan (Kuil Syurga) di Beijing yang berwarna kilat biru.

Pavilion dalam bentuk oktagonal untuk tujuan hiasan Juga merupakan satu cin seni bina Cina. Ciri lain termasuklah pagoda, yang dipengaruhl oleh agama Buddha. Pagoda hilang hubungannya dengan agama Buddha kemudian, dan kebanyakan pagoda yang dibina terkemudian adalah untuk tu]\iznfengshui. Pailou Sitnupaifang iaitu gerbang pada asalnya dibina untuk tujuan memperingati seseorang berdasarkan merit, misalnya seorang balu muda yang hidup mulia hingga ke usia tua; atau sebuah keluarga yang hidup bersama untuk beberapa generasi. Jambatan kebanyakannya dibina dari batu dan ada yang mempunyai lebih dari satu gerbang, adalah ciri lain binaan Cina.
Bagi orang Cina seni taman berkait rapat dengan seni bina. Taman- taman Cina bahkan taman-taman diraja atau persendirian, melanjutkan lagi pnnsip binaan dengan reka bentuk telah diubahsuaikan untuk bersesuaian dengan alam sekitar dan bukan untuk berdominan. Istana Musim Panas (The Summer Place) di kawasan desa Beijing mempamerkan kejayaan cemerlang orang Cina dalam merancangkan susunan binaan yang bersesuaian dengan landskap. Dilihat dari segi pembinaan, Beijing yang dibina bertepatan dengan statusnya sebagai ibu kota sebuah empayar boleh dikatakan bandar yang paling mengagumkan.

Falsafah dan Agama Cina


Konfusianisme 
Merupakan doktrin kenegaraan (state) yang merangkumi aspek- aspek falsafah, keagamaan dan sosiopolitik yang termaktub dalam pengajaran Konfusius (551SM-479SM). Asas Konfusianisme dikatakan berasal daripada tulisan-tulisan klasik yang diterbitkan atas nama Konfusius. Seperti yang terkandung dalam kitab Analects, pengajaran utama Konfusius menekankan pengamalan nilai dan sifat moral yang mulia, terutama mengenai perikemanusiaan (ren), kesusilaan (/;) dan ketaatan kepada ibu bapa (xiao). Kesemua nilai yang mulia ini diteladani orang yang bermoral dan bersikap mulia (junzi). Mencius (372SM-289SM), salah seorang pujangga agung Konfusianisme telah menegaskan sifat semula jadi manusia yang baik ketika dilahirkan. Oleh yang demikian, manusia dikatakan berpotensi untuk mencapai empat jenis sifat yang baik, iaitu perikemanusiaan (ren), kewajaran (yi), kesusilaan (li) dan keanfan (zhi).

Buddhisme
Diasaskan oleh Siddhartha Gautama Buddha (kk 563SM- 483SM) di India pada kurun ke-6SM dan kemudiannya disebar ke negara China pada kurun Masihi yang pertama. Bagaimanapun, selepas disebarkan Buddhisme ke negara China, agama ini telah mengalami pelbagai pengubahsuaian dan sehingga menjadi suatu sistem keagamaan yang menyerapkan ciri-ciri kecinaan sehingga ia dikenali sebagai Buddhisme Cina. Namun begitu, asas pengajarannya tetap berkekalan iaitu penderitaan adalah berpunca daripada hawa nafsu yang merupakan akar kepada pelbagai masalah manusia. Hawa nafsu bagaimanapun, dapat dihindarkan dengan mengikuti Jalan Lapan Lapis Mulia atau Jalan Pertengahan (middle way) yang mengelakkan din daripada melakukan perbuatan melampau yang terlalu mengikut perasaan menurut ajaran Gautama Sidhartha Buddha. Jalan Lapan Lapis Mulia yang mengandungi lapan aspek penting dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu pertama, panna (kebijaksanaan) yang meliputi pemahaman yang betui {Right Understanding) dan pemikiran yang betui (Right Thought); kedua, samadhi (penumpuan) yang meliputi pengucapan yang betui (Right Speech), tindakan yang betui (RightAction) dan cara hidup yang betui (Right Livelihood); dan ketiga, sila (moral) yang meliputi usaha yang betui (Right Efford), pertimbangan yang betui (Right Mindfulness), dan tumpuan yang betui (Right Concentration).

Daoisme 
Diasaskan oleh dua orang pemikir agung Cina iaitu Lao Zi yang dilahirkan pada tahun 604SM dan Zhuang Zi (kk 369SM-2865SM) yang berpendapat bahawa pemeliharaan semula jadi serta konsep wuwei (non-action) atau melakukan perbuatan secara spontan dan tanpa sebarang usaha. Daoisme terbahagi kepada dua cabang yang utama iaitu pertama, pemikiran falsafah Dao (daojia) dan aliran keagamaan Dao (daojiao). Kitab Daoisme iaitu Daodejing merupakan sebuah karya klasik mistik bagi aliran keagamaan Dao kerana kebanyakan ayatnya yang nngkas, penuh dengan konotasi yang terbuka kepada pelbagai tafsiran selain menerangkan mengenai aspek metafizik Dao. Dao iaitu jalan (the way} yang mempunyai pengertian bahawa punca segala penjelasan yang tidak dilahirkan (unproduced) dan tidak dapat diperikan (inexpressible). Tahap pencapaian pengamalan Dao yang tertinggi ialah kembali semula dan bersatu dengannya.

Moisme
Diasaskan oleh Mo Zi (kk 479SM-381SM). Antara konsep penting dalam pemikiran aliran ini termasuk aspek kasih sayang sejagat (jian'ai), mengecam sikap suka berperang (feigong) dan menyerah kepada nasib (feiming) dan mengutamakan golongan cerdik pandai (shangxian). Disebabkan penegasan aliran ini kepada sikap mengejar kepentingan (gongli), pengikutnya menentang konsep mandat tuhan yang dikemukakan oleh aliran Konfusianisme. Aliran Moisme menitikberatkan konsep nama dan penganalisisan mengenainya dan ini bermakna, aliran ini telah mempelopori analisis logik di negara China.


Legalisme
Diasaskan oleh seorang ahli falsafah Cina, Han Fei Zi dan dilaksanakan semasa China di bawah pemerintahan dinasti Chin. Legalisme mengutamakan pemikiran sosiopolitik dan kekuasaan pihak pemerintah terhadap rakyatnya. Legalisme menyarankan pemerintahan berteraskan undang-undang adalah lebih baik daripada pemerintahan teladan seperti yang disarankan oleh Konfusius. Aliran ini telah mengasaskan pembentukan kerajaan pusat autokrasi mutlak di negara China.

Bahasa dan Sistem Tulisan Tamadun China


Berdasarkan perbandingan dari segi bahasa, dengan bahasa-bahasa lama ("kuno'i mencatatkan sejarah kerana penggunaannya yang meluas di zaman silam, tetapi bahasa Cina pula merupakan satu-satunya bahasa yang masih kekal, hidup dan berkembang dan digunakan sehingga masa kini.

Mengenai sistem tulisan, tulisan Cina yang dikenali sebagai Hanzi (tulisan Han) telah dicipta berdasarkan kaedah xiang xing (lambang bergambar), zh'shi (lambang petunjuk), huiyi (lambang petunjuk fikiran) dan xing sheng (gabungan bentuk-bunyi), bersamaan dua kaedah yang berfungsi memperluaskan erti atau penggunaan sesuatu hurufCina, iaitu zhuanzhu (mutual semantik transfer) dan jiajie [loan character). Kesemua kaedah tersebut dikenali secara tergolong sebagai liushu (six principles of writing).

Selain sebutan bunyi dan maksud, setiap tulisan Cina mempunyai bentuk yang istimewa. Bentuk tulisan Cina inilah yang telah menyumbang terhadap perpaduan bangsa Cina dan pembentukan kebudayaan Cina yang agung di dunia. Ini adalah kerana sungguhpun terdapat banyak diaiek di China yang sebutannya mungkin jauh berbeza antara satu dengan yang lain, tetapi orang Cina hanya perlu mempunyai satu sistem tulisan yang tunggal yang boleh digunakan oleh semua orang Cina sebagai bahasa pengantar untuk berkomunikasi. Maka bahasa Cina telah menjadi faktor unifikasi utama dan amat penting bagi rakyat Cina dan tamadun Cina.

Selain bangsa Cina, tulisan Cina juga digunakan oleh bangsa-bangsa lain di Asia terutama di Asia Timur seperti negara Jepun, Vietnam dan Korea. Walaupun mereka mempunyai bahasa tersendiri namun tulisan Cina juga digunakan sebagai sebahagian daripada tulisan mereka.


Sistem Pertanian Purba

Ternyata asal-usul peradaban pertanian purba di negara China memperlihatkan kesanggupan manusia untuk menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca dan lokasi geografi yang berbeza (di kedua-dua dataran loes tinggi dan lembah Sungai Yangzi), dan menghasilkan apa yang disebut Kebudayaan Milet (Bijirin) dan Kebudayaan Sawah Padi yang wujud secara berasingan di bahagian utara dan selatan China. Kedua-dua jenis kebudayaan tersebut telah mengasaskan peradaban pertanian di negara China untuk selama beberapa ribu tahun. Faktor- faktor tersebut juga membantu menjawab persoalan (dari perspektifsejarah) kenapa pembangunan berbentuk pertanian begitu dititikberatkan oleh dinasti- dinasti Cina yang lepas.

Berbanding negara-negara kelautan yang memiliki kawasan pedalaman yang terhad, wilayah-wilayah di negara China adalah luas sekali. Ini ditambah lagi dengan dataran pedalamannya yang luas tanpa wujudnya halangan-halangan semula jadi yang menghalang atau membatasi hubungan rakyat telah memudahkan integrasi dan keseragaman politik, ekonomi, kebudayaan dan ketenteraan. Berdasarkan lokasi geografi negara China, di bahagian timurnya menghadap ke lautan, di bahagian barat-laut dirintangi oleh gurun yang luas dan di barat daya iaitu Dataran Tinggi Qinghai-Tibet yang terluas di dunia (dengan ketinggian 4,000 hingga 5,000 meter secara purata) telah membentuk satu zon yang separuh tertutup dari dunia luar. Alam sekitar sedemikian bersama daerah pedalamannya yang luas telah mencorakkan sikap bangsa Cina yang berdikari, peramah serta cintakan pendamaian. Keyakinan diri pula membolehkan mereka menerima dan mengasimilasikan sebarang kebudayaan luar yang dibawa masuk ke dalam negara China. Mengenai peranan dan kepentingan sungai, pengaliran sungai yang kebanyakannya menghala ke kawasan timur atau selatan, di samping musim panas yang jauh lebih panjang berbanding dengan keadaan di utara telah menggalakkan pergerakan penduduk, terutamanya para petani untuk menetap di bahagian selatan China. Seiring dengan pola pergerakan ini, perkembangan kebudayaan juga turut menghala ke kawasan selatan.

Berbanding dengan bilangan penduduk yang agak besar sejak dinasti Qin (221SM-206SM) dan Han (206SM-220TM), tanah yang sesuai untuk dijalankan kegiatan bercucuk tanam itu adalah terhad. Tekanan kekurangan tanah ini telah mengakibatkan tanah diusahakan secara maksimum. Bagaimanapun, pendapatan danpada hasil tanaman ini sekadar untuk menampung kehidupan mereka. Namun, sikap terikat dengan tanah, bekerja keras dan berpuas hati dengan segala yang sedia dimiliki mereka telah mencerminkan psikologi bangsa yang merindui kampung asal dan ontakan tanah air.


Agama & Kepercayaan Tamadun China


Kepercayaan Alam Sekitar
Kepercayaan kepada bencana alam seperti kemarau, banjir, serangan belalang dan bawaan penyakit adalah ketentuan tuhan. Ini menyebabkan mereka menyembah alam sekitar seperti matahari, bulan, bintang, bumi dan sebagainya yang dianggap mempu mengubah sesuatu keadaan. Contohnya masyarakat Lembah Hwang Ho iaitu Shang Ti menyembah alam sekitar.

Kepercayaan kepada penyembahan roh nenek moyang
Kepercayaan terhadap nenek moyang mempunyai pengaruh dalam kehidupan seharian. Amalan pemujaan dilakukan agar roh nenek moyang mereka masih mempunyai pengaruh ke atas kehidupan mereka atau kehidupan masa hadapan mereka. Mereka juga memohon pertolongan nenek moyang melalui ramalan menerusi pendeta cina dengan menggunakan tulang nujumyang ditulis dengan pelbagai soalan, dihempaskan dan garisan-garisan yang pecah tersebut akan dibuat ramalan, contoh masyarakat Shang dan Maharaja Shang mereka mengamalkan penyembahan roh nenek moyang yang memerintah syurga dan menjalankan upacara pengorbanan untuk memuja semangat roh nenek moyang yang diketuai oleh bomoh. Antara yang dikorbankan iaitu kambing, babi, lembu, anjing, manusia dan tawanan musuh.

Kepercayaan kepada Anak Syurga
Kepercayaan  kepada anak syurga adalah untuk mengesahkan pemerintahan sesebuah dinasti. Is dilakukan dengan menonjolkan unsur suci dan sakti yang mampu menarik keyakinan dan ketaatan rakyat kepada pemerintah tersebut. Anak syurga dianggap sebagai perantara antara bumi dengan syurga. Contoh Dinasti  Chou mengamalkan  kepercayaan tersebut untuk mengukuhkan kedudukan pemerintah Dinasti Chou.

Kepercayaan kepada dewa
Kepercayaan terhadap dewa dipercayai dapat membantu mengawal dan meningkatkan hasil tanaman kerana mereka percaya bahawa semua dewa berada di syurga dan mempunyai kuasa menolong manusia di dunia untuk berbuat baik atau jahat. Contohnya masyarakat Shang turut menyembah ‘Dewa Biji-bijian’

Agama Buddha
Kedatangan ajaran Buddha semasa Dinasti Han oleh pemerintah Maharaja Ming Ti. Agama Buddha mendapat tempat di hati rakyat ketika dilanda masalah peperangan dan perpecahan. Ia dibawa masuk dari Sri Lanka.

Ajaran Confuciusnisme
Ia bermula semasa Dinasti Chou yang dibawa oleh Confucius pada 551 SM. Pada asalnya beliau adalah seorang pegawai dalam kerajaan Lu tetapi telah meletak jawatan dan mengembara untuk menyebarkan idea dan fahaman tersebut. Akhirnya, fahaman tersebut diterima dan beliau dianggap seorang dewa serta disembah. Ajaran Confucius menekankan bahawa seorang pemimpin perlu menitikberatkan soal moral maka pemerintah tersebut akan diiktiraf oleh rakyat dan negara tersebut tidak memerlukan undang-undang. Ajaran ini berubah sedikit demi sedikit sehingga menjadi sebuah agama. Ia turut menekankan konsep Jen iaitu perikemanusiaan kepada diri sendiri dan orang lain. Jen pula mengutamakan lima kebaikan iaitu berbudi bahasa, kemurahan hati, amanah, kerajinan dan bersifat baik. Ajaran ini menekankan juga unit keluarga sebagai satu unit terpenting.

Ajaran Taoisme
Diasaskan oleh Loazi dan Chuang Tzu adalah satu jalan atau cara untuk mencapai keharmonian dengan alam semesta. Ia menekankan keamanan dan keharmonian akan dapat dicapai sekiranya manusia tidak mengikut hawa nafsu untuk mencapai materialistik dan mengasingkan diri daripada kegiatan duniawi serta apa sahaja yang merugikan dengan cara meditasi. Buku utama ajaran ini ialah ‘Tao Te Ching’. Setiap tindakan ditentukan oleh Tao dan sekiranya ingkar dunia akan rosak. Ia juga menekankan kehidupan secara sederhana dan manusia perlu bebas daripada peraturan ciptaan manusia. Ajaran ini berubah sedikit demi sedikit menjadi sebuah agama.


Tamadun China


Tamadun China merupakan salah satu tamadun yang tertua di dunia. Tamadun China bermula di Huang Ho (utara) dan Yangtze (selatan). Budaya yang lahir di dua kawasan ini dikenali sebagai “The Painted Culture” dan “The Black Pottery Culture”. 



Latarbelakang Perkembangan Tamadun China
Zaman Permulaan
Memperlihatkan kemunculan dinasti-dinasti seperti Hsia, Shang dan Chou.- Mengamalkan sistem pemerintahan beraja feudal. Peperangan merupakan ciri utama pada tahap ini. Kemunculan falsafah Confucious, Taoisme, Legalisme dan The Hundred Schools of Thought. 
Zaman Pertengahan/keagungan
Tahap ini bermula dengan Dinasti Chin, Han dan Tang.- Tahap ini juga dikenali sebagai zaman keemasan dalam tamadun China kerana pencapaiannya dalam pelbagai bidang – sains, kesusasteraan, pentadbiran, agama dan sebagainya.
Zaman Peralihan
Zaman ini merujuk kepada kedatangan/pencerobohan orang Gazar ke atas China.- Negara China buat pertama kalinya diperintah oleh orang luar.- Abad ke-13, China ditakluk oleh orang Monggol pada masa pemerintahan Dinasti Song. China kembali berkuasa dengan kemunculan Dinasti Ming- Abad ke-15, China sekali lagi diperintah oleh orang asing – orang Manchu. 
Zaman Moden
Zaman ini memperlihatkan zaman cabaran kepada China. Bermulanya pengaruh barat meresap ke dalam tamadunChina.- 1839-1842 China telah dikalahkan oleh Barat dalam Perang Candu.- Barat memperkenalkan konsep “ Most Favored Nation” China mengadakan pemulihan negara dengan melancarkan “Gerakan Menguatkan Diri” (1861-1895) dan “Reformasi Seratus Hari” (1898) tetapi gagal.